Monday, January 30, 2023
23.1 C
Brunei

-

Bantu luaskan produk kitani

Oleh Salawati Haji Yahya
Gambar Bahyiah Bakir

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 DIS – Ekspo Produk Tempatan sempena Festival Disember Brunei kali ke-6 adalah salah satu usaha kerajaan menyediakan platform bagi pengusaha tempatan untuk mempromosi dan meluaskan lagi pasaran produk mereka.

“Selain membina rangkaian dan pemadanan perniagaan, ia juga dijangka merangsang aktiviti ekonomi dan pekerjaan dalam kalangan belia,” kata Setiausaha Tetap di Kementerian Sumber-sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) selaku Pengerusi Bersama Ekspo Produk Tempatan 2022, Hajah Tutiaty binti Haji Abdul Wahab semasa berucap pada perasmian ekspo berkenaan di Dewan Bridex 1 dan 2, Jerudong, hari ini.

Pelancaran ekspo itu telah disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah; Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin bin Haji Abdul Rahman dan Menteri Sumber-sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.

Pada majlis itu, Hajah Tutiaty turut mengongsikan lebih 200 pengusaha dan syarikat tempatan mengetengahkan jualan produk dan perkhidmatan yang dihasilkan daripada
13 kluster.

“Ini terdiri daripada pertanian dan agrimakanan, perniagaan, perbankan dan kewangan, hiliran produk dan perkhidmatan, perkhidmatan pendidikan, perikanan dan pemprosesan ikan, pengangkutan dan logistik, telekomunikasi dan produk kreatif, produk perkayuan dan lain-lain,” jelasnya.

Ekspo tersebut, katanya, turut dimeriahkan dengan beberapa sesi taklimat mengenai perkongsian topik-topik seperti cara-cara merebut peluang perniagaan dan kerjaya, penjenamaan dan pemasaran dan keusahawanan yang menumpukan kepada pasaran eksport.

Sempena cuti persekolahan Disember ini, jelasnya, pihak hotel dan penyedia-penyedia perkhidmatan pelancongan tempatan juga menyediakan pakej-pakej menarik untuk menggalakkan rakyat dan orang ramai bercuti dan berbelanja di dalam negara.

Festival Disember Brunei juga peluang untuk mencungkil bakat-bakat para belia tempatan dalam menonjolkan kreativiti melalui pelbagai penganjuran acara dan aktiviti yang bermanfaat.

Ekspo anjuran KSSUP dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Ekonomi, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Darussalam Enterprise (DARe) itu juga dihasratkan dapat meningkatkan jumlah kedatangan pelancong antarabangsa dengan adanya pakej-pakej dan acara menarik.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Ahmaddin dan Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Abdul Manaf semasa melancarkan Ekspo Produk Tempatan 2022 di Dewan Bridex 1 dan 2, Jerudong, kelmarin.
Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew semasa membuat lawatan ke sekitar ekspo.
Antara perusahaan tempatan yang mengikuti Ekspo Produk Tempatan di Dewan Bridex 1 dan 2, Jerudong.
Antara syarikat yang menyertai ekspo berkenaan.

Artikel sebelum iniMembudayakan minat membaca
Artikel seterusnyaBerkenan utus tahniah
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Tentera Korea S terlepas tembakan

Seoul, 29 JAN – Seorang askar Korea Selatan secara tidak sengaja melepaskan tembakan menggunakan senjata api automatik berhampiran sempadan dengan Korea Utara, menyebabkan tentera...
- Advertisment -