Monday, October 7, 2024
23.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu mereka yang memerlukan

    Oleh Ak Zaki Kasharan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 Mei – Dalam usaha mendekati masyarakat dari pelbagai peringkat dan latar belakang kehidupan, Queen Of The Lanes (QoTL) yang terdiri daripada barisan pemain boling wanita di negara ini telah meneruskan lagi kerja amal sempena bulan Ramadan ini.

    Lima buah keluarga telahpun menerima sumbangan berupa wang serta barangan keperluan harian, di mana ia diserahkan kepada ibu-ibu tunggal, anak-anak yatim, saudara-saudara baharu dan golongan yang kurang berkemampuan.

    Antara lain kerja amal berkenaan diadakan adalah bertujuan bagi menyemarakkan suasana bulan suci Ramadan selain untuk membantu meringankan beban perbelanjaan mereka yang memerlukan.

    Melalui kegiatan seumpama ini, ia diharap dapat mewujudkan budaya kehidupan bermasyarakat yang penyayang dan prihatin kepada golongan yang kurang bernasib baik serta memerlukan bantuan.

    Sumbangan derma berkenaan juga merupakan hasil sumbangan ahli-ahli Persatuan Boling Brunei Muara (PBBM).

    Penyerahan sumbangan kepada salah sebuah keluarga bersempena bulan suci Ramadan.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda