Bantu polis cari Darmungi

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PDB

BANDAR SERI BEGAWAN, 24 FEB – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan, baru-baru ini.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh PDB di sini, kelmarin, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Darmungi (gambar bawah) berusia 39 tahun dengan nombor pasport, B5678601 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga kini belum lagi pulang.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian 2772333, talian kecemasan polis 933 atau mana balai-balai polis yang berdekatan, laman sesawang www.police.gov.bn atau Instagram @upa.ppdb.