Bantu polis cari dua lelaki dikehendaki

Oleh Ak ZakiKasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 APRIL – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon bantuan dan kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang lelaki yang dikehendaki.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah untuk membantu mengesan Mohammad Norasri bin Haji Mohammad Noorazlisham dengan nombor kad pengenalan 00-288514 (Kuning) dan Mohamad Faizul Faizlan bin Rosidi dengan nombor kad pengenalan 30-210300 (Ungu).

Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya bolehlah menghubungi Unit Siasatan Jenayah Penderaan Wanita dan Kanak-Kanak, Jabatan Siasatan Jenayah melalui talian telefon 2459500 sambungan 496 / 333 dan talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.