BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warga asing yang dikehendaki untuk membantu siasatan.
Menurut kenyataan PPDB, jika terdapat sebarang maklumat mengenai Mohammed Ibrahim Mollah warga Bangladesh dengan nombor kad pengenalan 51-229442 (hijau), orang ramai dipohonkan untuk menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah di talian 3222957 sambungan 142 atau talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis berdekatan.