Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu polis cari Nur Farhananh Nadhirah

    BANDAR SERI BEGAWAN, 11 OGOS – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama dan bantuan daripada orang ramai untuk mengesan seorang remaja perempuan tempatan berusia 15 tahun yang dilaporkan telah keluar dari rumah.

    Bantu cari Nur Farhananh Nadhirah. – Gambar serahan PPDB

    Menurut kenyataan PPDB, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Sengkurong untuk membantu mengesan Nur Farhananh Nadhirah binti Marz yang memegang kad pengenalan kuning bernombor 01-170955.

    Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai remaja berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Sengkurong di talian 2661334, talian kecemasan polis 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda