BANDAR SERI BEGAWAN, 30 April – Pasukan Polis Diraja Brunei (PDB) memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang pekerja perempuan warga Indonesia yang lari daripada majikan dan sehingga kini belum pulang.
Laporan mengenai Robiatul Adawiyah (gambar bawah), 35, dengan nombor pasport C1573503 telah pun dibuat di Balai Polis Pusat. Sehubungan dengan itu, pihak polis dalam kenyataannya hari ini turut memaklumkan kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya untuk menghubungi Balai Polis Pusat di talian 2242334 dan talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.