BANDAR SERI BEGAWAN, 9 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama dan bantuan orang ramai untuk mengesan seorang lelaki dan seorang remaja perempuan yang keluar dari rumah dan sehingga kini belum pulang.
Menurut kenyataan Pasukan Polis Diraja Brunei, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara Daerah Polis Brunei dan Muara mengenai Awang Azrul Afiq bin Ahmad Bukhari, 23, berbangsa Melayu yang memegang kad pengenalan 01-032364 (K) dengan alamat terakhir di No. 10, Simpang 791-29-13 Skim Tanah Kurnia Rakyat Jati, Kampung Sungai Buloh, Bandar Seri Begawan.
Sementara itu, satu laporan yang dibuat di Balai Polis Tutong, Daerah Polis Tutong pula merupakan seorang remaja perempuan iaitu Dayang Siti Ayu Nazirah binti Mohamad Hamdini, 16, berbangsa Melayu, memegang kad pengenalan 01-113872 (K) dengan alamat terakhir di No. 124 PWD 55, Jalan Sungai Basong, Daerah Tutong.
Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya diminta menghubungi Balai Polis Muara melalui talian telefon 2772253 dan Balai Polis Tutong di talian 4221206/4221333 dan hotline 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
