Bantu polis kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.
Gambar serahan PPDB

TEMBURONG, 21 JULAI – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan PPDB, di sini, hari ini, laporan telah dibuat di Balai Polis Bangar mengenai seorang pekerja lelaki warganegara Bangladesh iaitu Nipu Chandra Barman (gambar bawah) berusia 27 tahun dengan nombor pasport, BN 0640682 yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Bangar melalui talian 5221333, talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.