Bantu polis kesan pekerja lari

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 17 Dis – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, hari ini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.

Menurut kenyataan berkenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Kuala Belait, mengenai dengan seorang pekerja wanita warganegara Indonesia iaitu Mariam binti Ina Sakri Kaswad yang berusia 40 tahun dengan pasport bernombor B5412819. Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan wanita berkenaan bolehlah menghubungi Balai Polis Kuala Belait melalui talian 3334324/3334325 dan talian kecemasan polis, 933 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.

Mariam binti Ina Sakri Kaswad.