Oleh Sim Y. H.
BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Dis – Pasukan Polis Diraja Brunei dalam kenyataan yang dikeluarkan, di sini, memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan dua orang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari daripada majikan dan sehingga hari ini belum balik.
Menurut kenyataan ber-kenaan, laporan telah dibuat di Balai Polis Muara, mengenai dengan seorang pekerja wanita warganegara Indonesia iaitu Kurnia Angraini dengan pasport bernombor, B0530180, yang dipercayai lari daripada majikannya.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan wanita berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Muara melalui talian, 2772333 dan talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai-balai polis yang berdekatan.
Sementara itu, satu laporan juga telah dibuat di Balai Polis Tutong mengenai dengan seorang pekerja lelaki warganegara Indonesia iaitu Kusaeri bin Farikhin yang berusia 41 tahun dan memegang pasport bernombor, C 0829229, yang dipercayai turut melarikan diri daripada majikan.
Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai dengan lelaki berkenaan boleh menghubungi Balai Polis Tutong melalui talian, 4221206 dan talian kecemasan polis, 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

