BEIJING, 18 FEB – China sudah mengambil beberapa langkah positif bagi membantu meringankan beban hutang negara membangun, kata jurucakap Kementerian Luar, Wang Wenbin.
Beliau berkata China menyahut konsensus G20 dan melaksanakan saranan moratorium hutang kepada negara-negara paling miskin secara menyeluruh.
Dalam satu sidang media pada Khamis, beliau turut menyatakan bahawa jumlah moratorium negara anggota G20 adalah yang terbesar.
Wang berkata institusi kewangan bukan kerajaan di China juga mengambil tindakan yang sama sebagai tanda sokongan kepada saranan itu.
Masalah hutang negara membangun sudah lama wujud dan menjadi batu penghalang terhadap pembangunan.
Tambah Wang, pendedahan agensi berautoriti antarabangsa yang berkaitan turut mendedahkan bahawa bank pembangunan pelbagai hala dan pemiutang swasta dari negara maju menempati bahagian terbesar dalam struktur hutang negara miskin. – Bernama