Bantu ringankan kesusahan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 4 OGOS – Mangsa kejadian atap terbang berikutan angin kencang di Kampung Bang Taong, Mukim Sukang, Daerah Belait pada 30 Julai lalu telah menerima bantuan kewangan daripada kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam melalui peruntukan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM), Kemen-terian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

Majlis penyerahan bantuan kewangan berkenaan kepada mangsa di Rumah Panjang Apak-Apak telah berlangsung di Bilik Kunjungan KKBS, di sini, hari ini.

Hadir bagi menyampaikan bantuan tersebut ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.

Para penerima terdiri daripada Sulaiman anak Ngadi, Ismail anak Ngadi, Taip anak Ikih dan Jala anak Ikih yang merupakan ketua-ketua keluarga yang terlibat dalam kejadian tersebut.
Majlis juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari JAPEM.

Pemberian bantuan kewa-ngan berkenaan sedikit seba-nyak membantu meringankan kesusahan yang dialami oleh mangsa bagi meneruskan kehidupan seharian. Usaha ini menunjukkan keprihatinan dan pemedulian pihak kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang ditimpa musibah.

Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bergambar ramai bersama penerima bantuan kewangan yang terlibat dalam kejadian atap terbang di Bilik Kunjungan KKBS kelmarin. – Gambar serahan JAPEM