Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    ‘Bantu sektor penerbangan, batalkan sekatan’

    SINGAPURA, 15 FEB – Kerajaan Asia mesti membatalkan sekatan perjalanan koronavirus untuk membantu syarikat penerbangan pulih, kata eksekutif industri hari ini pada hari pembukaan pameran udara terbesar serantau di Singapura.

    Ratusan kapal terbang, pengeluar dan eksekutif penerbangan lain telah tiba di negara kota itu untuk acara industri selama empat hari yang berlangsung setiap dua tahun.

    Teratas dalam agenda adalah cara-cara merangsang pemulihan di rantau di mana pengembara antarabangsa masih berdepan ujian dan kuarantin lama, dan pelancong asing masih dilarang daripada memasuki banyak negara.

    Bo LIngam, ketua eksekutif AirAsia, salah satu syarikat penerbangan tambang murah terkenal di rantau itu, berkata terdapatnya ‘permintaan yang meningkat’ di seluruh rantau.

    “Saya fikir sudah tiba masanya untuk membuka sempadan,” beritahunya pada perbincangan panel, menambah kebanyakan penduduk di rantau itu telah lengkap vaksinasi sekarang.

    Beliau menggesa blok serantau Asia Tenggara supaya bekerjasama untuk mengharmonikan peraturan bagi perjalanan di rantau 10 negara itu.

    “Awda tidak boleh mempunyai peraturan berlainan untuk negara berlainan. Kerajaan dan penggubal dasar mesti bekerjasama,” katanya.

    Pemulihan yang perlahan dalam sektor penerbangan di Asia adalah berbeza dengan industri di Eropah dan Amerika Syarikat, di mana sekatan telah dibatalkan dan permintaan telah pulih. – AFP

    Pasukan Aerobatik Jupiter Tentera Udara Indonesia mengambil bahagian dalam pertunjukan udara semasa Pameran Udara Singapura di Pusat Pameran Changi di Singapura kelmarin. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...