Friday, April 19, 2024
25.5 C
Brunei

    -

    Bantu tambah bekalan darah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Kementerian Kesihatan menyeru orang ramai untuk membantu meningkatkan lagi stok bekalan darah dengan menderma darah terutama darah jenis ‘O’ dan ‘A’ yang masih di tahap yang rendah.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan, hari ini, orang ramai boleh berkunjung ke Pusat Pendermaan Darah Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) atau tabung-tabung darah daerah berdekatan untuk menderma darah dan tempahan slot melalui aplikasi BloodKad adalah sangat digalakkan.

    Perkhidmatan pendermaan darah di Pusat Pendermaan Darah Hospital RIPAS dibukakan setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu bermula 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 4 petang.

    Sementara itu, tabung darah di Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait pula beroperasi dari 8 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:45 petang hingga 3:30 petang setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu.

    Tabung darah di Hospital Pengiran Isteri Hajjah Mariam, Daerah Temburong pula beroperasi setiap Isnin hingga Khamis dan Sabtu, bermula 9 pagi hingga 11:30 pagi dan 1:30 petang hingga 3:30 petang.

    Pada masa yang sama, orang ramai juga boleh menderma darah semasa kempen derma darah bergerak di Pusat Promosi Kesihatan anjuran Rotary Club Bandar Seri Begawan pada Sabtu ini dari 9 pagi hingga 1 petang.

    Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 6001 atau 6002 atau WhatsApp 7375745 atau e-mel kepada bloodbank@moh.gov.bn dan melayari Instagram dan Facebook Pusat Pendermaan Darah @bloodbank.ripas.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...