Friday, December 8, 2023
24.5 C
Brunei

    -

    Bantu tambah bekalan darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 SEPT – Orang ramai dialu-alukan untuk membantu menambah bekalan darah dengan menyertai kempen-kempen derma darah yang akan diadakan oleh Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Jabatan Perkhidmatan Makmal, di empat lokasi di Daerah Brunei dan Muara.

    Kempen akan diadakan di Pusat Beli-belah Mid Valley, Jalan Masjid Salambigar dari pukul 10 pagi hingga 3 petang esok.

    Ini diikuti di Sekolah Menengah Sultan Sharif Ali, Salambigar pada 20 September dari pukul 1:30 petang hingga 3:30 petang, seterusnya di Unicorp Sdn Bhd, Tapak Perindustiran Beribi II pada 24 September dari pukul 10 pagi hingga 3 petang.

    Manakala itu, pada 25 September, ia akan diadakan di Pusat Beli-belah Times Square, Berakas, anjuran Yayasan Kanser Kanak-Kanak (YASKA) dari pukul 10 pagi hingga 2 petang.

    Sehubungan itu, orang ramai yang berhasrat untuk menyertai kempen tersebut digalakkan untuk membuat tempahan slot melalui aplikasi BloodKad.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Undang-undang pilihan raya Hong Kong baharu tipiskan kumpulan calon

    HONG KONG, 8 DIS - Salah seorang ahli majlis pro-demokrasi Hong Kong yang paling lama berkhidmat menganjurkan parti perpisahan dengan penduduknya pada akhir Disember....

    5 maut dalam kebakaran