Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Bantu tambah bekalan darah

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 NOV Orang ramai adalah dialu-alukan untuk menderma darah bagi membantu meningkatkan bekalan darah di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) lebih-lebih lagi menjelang musim percutian ini.

    Kementerian Kesihatan memaklumkan yang Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, masih lagi memerlukan semua jenis darah dengan segera memandangkan stok bekalan darah di tahap yang rendah.

    Orang ramai yang berhasrat menderma darah bolehlah berkunjung terus ke Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS, bermula 8 hingga 11:30 pagi dan 1:30 hingga 3:30 petang pada hari-hari bekerja sahaja. Dalam usaha untuk menambah stok bekalan darah, Pusat Pendermaan Darah, Hospital RIPAS jua akan mengadakan kempen-kempen yang dibukakan untuk penyertaan orang ramai.

    Kempen-kempen akan diadakan di beberapa buah lokasi seperti Lantai Bawah, Pusat Membeli-belah Mid Valley, Jalan Muara Link, Salambigar pada 1 Disember bermula jam 10 pagi hingga 2 petang.

    Manakala kempen seumpama ini jua akan diadakan di Dewan Retak, Pekan Bangar, Temburong, pada 3 Disember bermula 9 pagi hingga 12 tengah hari.

    Di samping itu, Tabung Darah Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait, juga akan mengadakan kempen derma darah di Aras Bawah, Lobi Utama (berhadapan Klinik PHY dan Klinik Fisioterapi) Hospital Suri Seri Begawan, Kuala Belait sempena Sambutan Ulang Tahun ke-50 Hospital Suri Seri Begawan.

    Kempen akan diadakan pada 3 dan 4 Disember bermula 9 hingga 11:30 pagi dan pada sebelah petang bermula 1:30 hingga 3:30.

    Untuk maklumat lanjut, hubungi Pusat Pendermaan Darah di talian 2242424 sambungan 5745, 6001, 6002 atau WhatsApp 8775745, 7375745 atau e-mel bloodbank@moh.gov.bn dan ikuti Pusat Pendermaan Darah di Instagram dan Facebook @bloodbank.ripas.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...