Friday, March 31, 2023
23.2 C
Brunei

-

Bantu tambah bekalan darah

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 MAC – Orang ramai dialu-alukan untuk tampil menghulurkan khidmat bakti dengan menderma darah bagi membantu mereka yang memerlukan khususnya untuk menambahkan bekalan darah yang diperlukan.

Pusat Pendermaan Darah di Jabatan Perkhidmatan Makmal, Kementerian Kesihatan akan mengadakan beberapa kempen derma darah.

Esok, kempen akan diadakan di McDonald’s Lambak anjuran McDonald’s Brunei bermula pukul 9 pagi hingga 11:30 pagi dan pukul 1:30 petang hingga 3 petang.

Manakala itu pada 7 Mac, ia akan diadakan di Aras Bawah, One City Shopping Complex anjuran Kementerian Pendidikan sempena sambutan Hari Kebangsaan Negara Brunei Darussalam ke-39 bermula pukul 10 pagi hingga 2 petang.

Kempen derma darah juga diadakan pada 8 Mac di Aras Bawah, Bangunan iCentre, Anggerek Desa anjuran Darussalam Enterprise bermula pukul 9 pagi hingga
11:30 pagi.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Otai impi meluncur ombak hingga usia 100

FUJISAWA, JEPUN, 30 MAC – Seorang warga emas membuktikan bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan pelbagai aktiviti lasak seperti meluncur ombak. Seiichi Sano mula meluangkan...
- Advertisment -