Bantu tambah bekalan darah

Oleh Yusrin Junaidi

Gambar oleh Rahwani Zahari

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 FEB – Lebih 20 pain darah berhasil dikumpulkan dalam kempen menderma darah anjuran bersama Borneo United Enterprise Sdn Bhd dan Kementerian Kesihatan melalui Pusat Pendermaan Darah, Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha (RIPAS) yang berlangsung di pusat berkenaan.

Kempen yang bermula dari pukul 9 hingga 11:30 pagi itu mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada kakitangan syarikat berkenaan, di mana sebelum menderma darah, mereka telah melalui beberapa pemeriksaan kesihatan seperti pemeriksaan tekanan darah dan sebagainya.

Turut serta dalam kempen tersebut ialah Pengarah Urusan Borneo United, Stanley Lim Hock Ghim dalam sama-sama memberikan sokongan padu kepada kakitangannya untuk membantu menambah stok darah pusat berkenaan, sekali gus dapat membantu mereka yang memerlukannya.

Kempen yang diadakan setiap tahun ini bertujuan untuk menggalakkan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat, selain untuk meningkatkan kesedaran tentang manfaat menderma darah terhadap tubuh badan dan kesihatan penderma.

Antara yang ikut serta dalam kempen darah berkenaan.