Thursday, January 16, 2025
28.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantu tambah bekalan darah

    Oleh Nurdiyanah R.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 23 APRIL – Dalam menyemarakkan lagi keindahan bulan suci Ramadan, seramai 37 orang ahli Kelab Patrol Brunei telah menjalankan aktiviti menderma darah di bawah kendalian Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital RIPAS, baru-baru ini.

    Menurut ketua kelab berkenaan, Haji Sofian bin Haji Hamdan, ia merupakan salah satu aktiviti tahunan bagi meraih keberkatan di bulan suci ini, lebih-lebih lagi dalam sama-sama membantu pusat pendermaan darah yang mengalami kekurangan bekalan darah dan memerlukan semua kumpulan jenis darah bagi kegunaan pemindahan darah pesakit-pesakit di semua hospital kerajaan.

    Dengan adanya kegiatan sedemikian, ia bertujuan untuk meningkatkan lagi kesedaran orang ramai mengenai menderma darah yang dianggap sebagai salah satu sumbangan paling mulia yang berpotensi menyelamatkan nyawa.

    Antara ahli Kelab Patrol Brunei yang ikut serta dalam aktiviti menderma darah di bawah kendalian Pusat Pendermaan Darah, Jabatan Perkhidmatan Makmal, Hospital RIPAS, baru-baru ini – Gambar serahan Kelab Patrol Brunei.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda