Bantuan dihulurkan kepada mangsa kebakaran

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 OKT – Pelbagai pihak tampil bagi bersama-sama membantu meringankan beban sebuah keluarga yang mengalami musibah kebakaran rumah pada 22 September 2020 lalu.

Baru-baru ini, atas inisiatif Awang Jefri bin Haji Selamat serta jiran-jiran telah bekerjasama dan mengadakan majlis penyerahan derma bagi keluarga Awang Hamdi bin Zaini yang berlangsung di kediaman Ketua Kampung STKRJ Sungai Buloh, Awang A. Hamidun bin Daud.

Bantuan yang diharap untuk meringankan beban mangsa sekeluarga itu turut dihasratkan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama penduduk kampung tersebut.

Turut hadir semasa majlis penyerahan bantuan berkenaan ialah Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Ibrahim.

Penyerahan derma bagi meringankan beban mangsa kebakaran.