Wednesday, April 24, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bantuan kemanusiaan ke Myanmar dibincangkan

    PHNOM PENH, 6 MEI – Persatuan Negara-negara Asia Tenggara (ASEAN) hari ini mengadakan perjumpaan di ibu kota Kemboja, Phnom Penh, dalam usaha terbaharu untuk memberikan bantuan kemanusiaan di Myanmar.

    Perjumpaan hibrid, di mana sebahagian ahli menyertainya secara maya, dihadiri oleh wakil-wakil peringkat tinggi dari Myanmar dan sembilan ahli ASEAN, rakan luar, agensi-agensi khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) dan pertubuhan antarabangsa lainnya. Kemboja ketika ini dilantik sebagai pengerusi ASEAN.

    Perjumpaan tersebut merupakan sebahagian daripada usaha untuk menghidupkan semula lima konsensus Myanmar yang disepakati oleh ASEAN pada April tahun lalu. Usaha tersebut dibuat dalam tindak balas terhadap keganasan yang melanda Myanmar selepas pihak tentera merampas kuasa pada Februari 2021 daripada kerajaan yang dilantik Aung San Suu Kyi dan menggunakan kekerasan untuk menghapuskan penentang.

    Konsensus menggesa untuk menamatkan dengan segera keganasan, dialog antara parti yang berkenaan, usaha damai oleh perwakilan khas ASEAN, memberikan bantuan kemanusiaan dan lawatan ke Myanmar oleh perwakilan khas untuk bertemu pihak-pihak yang berkenaan.

    Myanmar bersetuju terhadap konsensus tersebut namun tidak melakukan usaha yang cukup untuk melaksanakannya. Tindakannya negara itu melambat-lambatkan usaha menyebabkan ahli ASEAN menggantungkan pemimpin Myanmar daripada menghadiri perjumpaan utama peringkat serantau sejak Oktober lalu.

    Pada masa yang sama, penentangan bersenjata terhadap pemerintahan tentera semakin meningkat sehingga sebahagian pakar PBB berkata negara itu kini dilanda perang saudara. Tentera Myanmar melancarkan operasi besar-besaran, termasuk serangan udara di beberapa buah kawasan, mengakibatkan ramai kehilangan tempat tinggal. Antara usaha yang dilakukan untuk menghapuskan penentang bersenjata termasuk menggunakan beberapa taktik dengan membakar keseluruhan kampung dan menyekat akses bekalan asasi seperti makanan. – AP

    Mesyuarat perjumpaan ASEAN yang diadakan kelmarin di ibu kota Kemboja yang antara lain membincangkan mengenai usaha baharu untuk memberikan bantuan kemanusiaan ke Myanmar. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sekumpulan gempa bumi gegarkan Taiwan

    TAIPEI, 23 APRIL - Sekumpulan gempa bumi melanda Taiwan pada awal hari ini, yang paling kuat mempunyai magnitud 6.1, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat...