Friday, October 11, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan kemanusiaan Syria lulus

    AMMAN, 8 Jan – Jordan semalam berkata mereka telah membenarkan untuk membawa masuk bantuan kemanusiaan kepada pelarian Syria yang tinggal berhampiran sempadan Syria dengan Jordan.

    Jurucakap Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri Jordan, Mohammad Kayed berkata dalam kenyataan media bahawa Jordan telah membenarkan bantuan dihantar untuk sekali sahaja kepada pelarian Syria.

    Bantuan kemanusiaan akan diberikan kepada pelarian menggunakan kren, katanya. Jordan menerima permintaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu untuk membawa masuk bantuan kepada pelarian Syria di perkhemahan Rukban dari kawasan Syria.

    Menteri Hal Ehwal Luar Negeri Jordan, Ayman Safadi berkata baru-baru ini penjagaan pelarian Syria di kawasan bebas adalah di bawah tanggungjawab komuniti antarabangsa dan bukan tanggungjawab Jordan. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda