Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bantuan kepada mangsa kebakaran

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 JAN – Mangsa kebakaran di Rancangan Perumahan Negara (RPN) Mentiri, baru-baru ini, telah menerima sumbangan berupa barangan asasi, kelmarin.

    Majlis penyerahan sumbangan kepada Awang Rajali bin Haji Mahali dan keluarga itu dianjurkan oleh majlis perundingan kampung (MPK) dengan kerjasama Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKKK) Kawasan II RPN Kampung Mentiri di rumah pemangku ketua kampung Kawasan II RPN Kampung Mentiri.

    Sumbangan tersebut disampaikan oleh Pemangku Penghulu Mukim Mentiri, Pengiran Haji Ismail bin Pengiran Haji Ibrahim.

    Sumbangan tersebut adalah hasil kutipan daripada penduduk kampung Kawasan II RPN Kampung Mentiri dan orang perseorangan bagi sama-sama meringankan beban mangsa kebakaran.

    Awang Rajali menerima sumbangan daripada Pengiran Haji Ismail.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...