Saturday, April 20, 2024
26.6 C
Brunei

    -

    Bantuan kepada Myanmar: Junta belum beri kerjasama

    KUALA LUMPUR, 8 OGOS – Junta tentera Myanmar setakat ini belum memberi kerjasama yang diperlukan bagi menyelaras dan menyampaikan bantuan kemanusiaan ke negara itu, kata Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah.

    Beliau berkata ini termasuk cadangan penglibatan organisasi antarabangsa seperti Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dan pertubuhan masyarakat sivil (CSO) dari negara-negara ASEAN yang lain dalam Pasukan Petugas Myanmar bagi misi bantuan kemanusiaan.

    Malaysia juga mencadangkan Mercy Malaysia untuk terlibat dalam pasukan berkenaan memandangkan badan itu pernah melaksanakan misi bantuan di wilayah Rakhine di negara itu, selain mempunyai sukarelawan di Myanmar yang bersedia untuk membantu.

    “Kita melihat pihak junta tidak memberi kerjasama. Kita mahu pasukan petugas itu melibatkan pihak antarabangsa dengan lebih bermakna supaya ada ketelusan kerana kebimbangannya ialah, kita faham isu di Myanmar itu kompleks, ada junta dan ada pihak lain. Jadi apakah jaminan bahawa bantuan itu akan disampaikan kepada semua pihak?

    “Yang dirisaukan ialah berlaku diskriminasi, pilih kasih dalam pemberian bantuan dan satu kaedah untuk mengelakkan itu berlaku dan untuk memantau adalah dengan penglibatan badan-badan antarabangsa,” katanya.

    Beliau bercakap pada sidang media selepas sambutan Hari ASEAN ke-55 di Markas Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) Pulau Meranti, Puchong hari ini, yang turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad. – Bernama

    Menteri Luar Negeri Datuk Seri Saifuddin Abdullah (tengah) melawat tapak pameran pada sambutan Hari ASEAN ke-55 di Markas SMART, NADMA. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...