Saturday, December 7, 2024
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan keselamatan Pakistan digantung

    WASHINGTON, 5 Jan – Amerika Syarikat mengumumkan semalam ia sedang menggantung bantuan keselamatan terhadap Pakistan kerana gagal mengambil ‘tindakan tegas’ ke atas militan Taliban yang menyasarkan kakitangan AS di negara jiran Afghanistan.

    Pengumuman oleh Jabatan Negara mengisyaratkan perasaan kecewa yang meningkat berhubung kerjasama Pakistan dalam memerangi rangkaian pengganas.

    Maklumat yang tidak jelas tentang jumlah wang dan bahan yang disembunyikan mencadangkan matlamat utama adalah untuk mengesahkan kata-kata Presiden Donald Trump dalam Twitter pada tahun baru yang menuduh Pakistan ‘memperbodohkan’ pemimpin AS.

    Jurucakap Heather Nauert berkata sekatan merangkumi bantuan keselamatan melebihi AS$255 juta untuk pembelian peralatan tentera Amerika oleh Pakistan yang ditangguhkan oleh pihak pentadbiran pada Ogos.

    Nauert menjelaskan wang berjumlah AS$255 juta masih disekat dan Pentagon berkata tindakan baru menyasarkan bayaran Dana Bantuan Gabungan yang dibayar oleh AS kepada Pakistan untuk membayar balik operasi cegah keganasan mereka. Undang-undang perbelanjaan pertahanan untuk tahun 2017 memperuntuk sehingga AS$900 juta dalam Dana Bantuan Gabungan, di mana AS$400 juta hanya boleh dikeluarkan kepada Pakistan jika Setiausaha Pertahanan Jim Mattis mengesahkan Pakistan telah mengambil tindakan khusus ke atas rangkaian Haqqani. – AP

    Gambar fail pada 4 Januari 2018 menunjukkan aktivis Islam membantah tindakan Presiden AS Donald Trump, di Lahore, Pakistan. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda