Saturday, January 18, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bantuan SKN bagi peniaga dihentikan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 22 DIS – Bantuan Skim Kebajikan Negara (SKN) dan sebagainya tidak lagi diteruskan untuk peniaga di sektor swasta dalam masa menghadapi situasi yang mencabar akibat penularan COVID-19 di negara ini.

    Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan dan Ekonomi Kedua, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Amin Liew bin Abdullah berkata sedemikian semasa memberi respons kepada pertanyaan mengenainya pada sidang media di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato seterusnya menjelaskan, untuk perkara berkenaan, Bank Pusat Brunei Darussalam (BDCB) akan menghubungi pusat perbankan bagi peniaga yang perniagaan mereka masih belum lagi pulih dan secara tidak langsung belum lagi dapat membayar pinjaman mereka, kemudahan berkenaan akan diumumkan oleh BDCB melalui bank masing-masing.

    “Jika dilihat pada masa ini, kita sudah membukakan ekonomi sejak beralih kepada Fasa Peralihan lagi dan sekarang kita telah memasuki Fasa Awal Endemik di mana perniagaan sudah boleh dibuka sehingga 75 peratus kapasiti,” jelasnya.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda