Bantuan terus diterima

Oleh Ak Zaki Kasharan

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 APRIL – Kementerian Kesihatan hari ini telah menerima sumbangan-sumbangan sebagai tanggungjawab sosial korporat daripada pihak-pihak penderma dalam membantu pihak kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam khususnya Kementerian Kesihatan dalam sama-sama menangani dan membendung penularan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.

Hadir pada majlis penyampaian sumbangan yang berlangsung di Kementerian Kesihatan dan seterusnya berkesudian menerima sumbangan-sumbangan berkenaan ialah Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar; Setiausaha Tetap Kementerian Kesihatan, Haji Abdul Manap bin Othman; Pemangku Pengarah Pentadbiran dan Kewangan Kementerian Kesihatan, Dayang Sufinah binti Haji Serudin dan Pemangku Pengarah Dasar dan Perancangan, Hajah Siti Ajar binti Haji Yusof.

Pada majlis tersebut, PERADIAN menyumbangkan 22,000 unit face shield yang disampaikan oleh Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan bin Pehin Orang Kaya Saiful Mulok Dato Seri Paduka Haji Abidin.
PERADIAN terdiri daripada Fera Health and Nursing Care Sdn Bhd, Bigbwnproject, Kunyit7lodge_BN, Simonadinin, Green Brunei dan Cerita Fabrikku. Sementara itu, Society of Anaesthesiologists of Brunei Darussalam yang diwakili oleh Presidennya, Dr Haji Zulaidi bin Haji Abdul Latif menyumbangkan cek berjumlah $10,000.

Waznah Enterprise pula menyumbangkan cek berjumlah $15,000 yang disampaikan oleh Mohamed Salim bin Abdul Hameed, manakala Hufainaiz Company Sdn Bhd pula turut menyumbangkan cek berjumlah $5,000 yang disampaikan oleh Liakath Ali bin Abdul Hameed.

Sebanyak 4,000 unit surgical mask juga telah disumbangkan oleh Lions Club yang disampaikan oleh Presidennya, Sushell Kaur. Majlis juga menyaksikan NBT Sdn Bhd (Persatuan Peniaga Automobil Brunei) menghulurkan cek berjumlah $10,000 yang disampaikan oleh Pengarah Urusannya, Haji Ahmad Omar bin Pehin Dato Haji Husin.

Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohammad Isham menerima sumbangan daripada PERADIAN yang disampaikan oleh Yang Berhormat Mejar Jeneral (B) Dato Paduka Seri Haji Aminuddin Ihsan. – Gambar serahan Kementerian Kesihatan

Teng Chin Ying Sdn Bhd (Persatuan Peniaga Automobil Brunei) pula telah menyumbangkan 30,000 keping surgical mask yang disampaikan oleh pengarahnya, Teng Chee Kiong.

Sementara itu, Grand Motors Sdn Bhd (Persatuan Peniaga Automobil Brunei ) turut menyumbangkan cek berjumlah $10,000 yang diserahkan oleh Pengurus Projeknya, Mejar (B) Ramlie Mohd Arriff.

Premeir Motors Sdn Bhd (Persatuan Peniaga Automobil Brunei) pula menyumbangkan cek berjumlah $5,000 yang disampaikan oleh Pengarahnya, Teng Chee How. Sementara itu SC Tubular Solutions (B) Sdn Bhd telah menyumbangkan lima unit washer and dryer 18kg/10kg dan 10 unit termometer inframerah yang disampaikan oleh Pengurus Besarnya, Philip Grant.

Dynamik Technologies Sdn Bhd pula telah menyumbangkan tujuh unit air purifier, 100 keping face shield mask, 10 botol 1litre hand sanitiser, 30 antibacterial soap bar dan botol serta 13 kotak sarung tangan. Sumbangan berkenaan telah disampaikan oleh Head of Corporate Services, Hajah Siti Rozana Dato Paduka binti Haji Mohd Yunos.

Sri Azlina Sdn Bhd pula telah menyumbangkan cek berjumlah $10,000 yang disampaikan oleh Pengarahnya, Shahul Hameed Haja Mohideen.