Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    Banyak lagi perlu diperbaiki KUFC – Syamsul

    KOTA BHARU, 22 FEB – Ketua jurulatih Kelantan United (KUFC), Syamsul Saad masih belum berpuasa hati dengan corak permainan ditampilkan anak buahnya dalam beberapa perlawanan pramusim sebelum aksi sepak mula Liga Premier, Mac depan.

    Beliau berkata pelbagai aspek akan diteliti dan diperbaiki bagi mengatasi segala kelemahan pasukannya terutama dari segi serangan dan pertahanan.

    “Saya rasa terdapat beberapa perkara yang perlu diberi perhatian seperti menyudahkan peluang di depan pintu gol. Jika corak permainan bagus namun kita tidak mampu menjaringkan gol ia akan memberi sedikit tekanan kepada pemain untuk mengekalkan momentum sebelum ini,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Pada perlawanan pembukaan Liga Premier dijadualkan pada 5 Mac, KUFC akan menetang Perak di gelanggang lawan.

    Sementara itu, beliau turut melahirkan rasa gembira apabila KUFC berjaya menundukkan pasukan Liga Super iaitu Penang FC dengan jaringan 2-0 pada aksi persahabatan pramusim di Georgetown, kelmarin.

    “Mereka (pemain) lebih selesa beraksi dengan penguasaan bola dan sangat selesa dengan taktikal yang diterapkan malah benteng pertahanan juga dilihat lebih berani membina corak permainan,” katanya. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...