KUALA LUMPUR, 8 Ogos – Banyak lagi usaha yang perlu dilakukan Malaysia sebelum ia boleh membangunkan teknologi nuklearnya sendiri.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kuasa Nuklear Malaysia (MNPC), Mohd Zamzam Jaafar berkata, pendidikan dan menguruskan persepsi awam serta melengkapkan negara dengan perjanjian tambahan berkaitan nuklear berada dalam senarai keutamaan untuk pembangunan nuklear.
“Kita perlu menjadi sebahagian daripada perjanjian antarabangsa tertentu sebelum kita mempunyai akses kepada teknologi itu. Kita belum mengesahkan protokol tambahan di bawah Perjanjian Kawalan Nuklear dan juga perlu menjadi sebahagian daripada keselamatan nuklear konvensional,” katanya kepada pemberita pada Seminar Maklumat Awam Mengenai Tenaga Nuklear di sini hari ini.
Seminar itu dilancarkan Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Ir Dr Zaini Ujang.
“Berdasarkan kajian Unit Perancang Ekonomi, kita meneroka tenaga nuklear disebabkan import arang batu dan gas asli cecair, yang bermakna jaminan bekalan adalah tidak begitu pelbagai. – Bernama