Sunday, February 16, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Banyak yan perlu diperbaiki – Steve Kean

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 16 April – Ketua Jurulatih Brunei DPMM FC, Steve Kean berkata bahawa keputusan perlawanan semalam bukanlah yang dihasratkan dan menurutnya ada dua aspek yang perlu diberikan perhatian iaitu kekasaran ke atas Ramazotti dan ketika mereka menjaringkan gol, ujarnya ketika ditemui untuk mengulas perlawanan di antara Pasukan Brunei DPMM FC dan Warriors FC yang berkesudahan dengan Brunei DPMM FC tewas 3-5 di Stadium Negara Hassanal Bolkiah, Berakas.

    “Bagi pendapat saya, aspek pengadilan pada perlawanan semalam sangat lemah dan saya sangat kecewa dengan keputusan yang dibuat okeh pengadil perlawanan.”

    Menurut beliau lagi, Pasukan Brunei DPMM FC telah menunjukkan pertahanan yang sangat baik, namun baginya pasukan pelawat menggunakan peluang dan ruang yang ada untuk menjaringkan gol dan sekali gus meninggalkan pasukan tuan rumah.

    “Pada dasarnya, kita perlu bertahan lebih teguh berbanding pasukan lawan dan ia akan sekali gus membuka peluang kepada kita untuk membuat serangan yang lebih teratur. Itu yang perlu kita beri perhatian selepas ini,” ujarnya.

    Bahkan beliau mengakui hantaran para pemain tidak begitu teratur dan ini membuka peluang kepada pasukan lawan menghidu peluang untuk membenam Pasukan Brunei DPMM FC di tempat sendiri.

    Sebelum mengakhir temu bual, beliau menegaskan bahawa pasukan akan memperbaiki prestasi di bahagian pertahanan dan serangan sebelum berhadapan dengan Pasukan Geylang International FC di Stadium Bedok pada 20 April ini nanti.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda