Banyakkan papan tanda di Lebuhraya Pan Borneo

KOTA KINABALU, 23 JUN – Kontraktor yang terlibat dalam projek pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diminta memba-nyakkan pemasangan papan tanda di sepanjang laluan bagi mengurangkan risiko kemalangan jalan raya.

Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri Sabah, Datuk Aidi Moktar berkata papan tanda itu penting untuk memastikan pengguna jalan raya tidak keliru dengan keadaan jalan yang masih dalam proses pembinaan.

“Selain itu polis perlu lebih kerap membuat pemantauan di kawasan jalan Lebuhraya Pan Borneo yang berisiko seperti di kawasan Kampung Kawang ini yang mana terdapat kemalangan maut berlaku di sini baru-baru ini,” katanya kepada pemberita semasa meninjau jalan berkenaan dekat sini, hari ini.

Jumaat lepas, tiga maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di Km22 Jalan Papar Lama-Kota Kinabalu, yakni laluan Lebuhraya Pan Borneo yang dalam proses pembinaan. – Bernama

Pekerja kontraktor memasang tali pembahagi jalan di kilometer 22 Jalan Papar Lama-Kota Kinabalu untuk keselamatan pengguna Lebuh Raya Pan Borneo Kinarut-Papar, kelmarin. – Bernama