Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bapa, anak dijatuhi hukuman penjara

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seorang bapa dan anak perempuannya dijatuhi hukuman penjara enam bulan kerana menyerang pegawai-pegawai Biro Mencegah Rasuah (BMR) setelah didapati bersalah selepas perbicaraan.

    Perempuan berkenaan turut diperintahkan membayar pampasan $3,353.03 sebagai kos pembaikan kerana menyebabkan kerosakan terhadap kenderaan BMR.

    Mahkamah Majistret kelmarin mensabitkan Haji Shahrum bin Haji Shahbudin atas kesalahan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pegawai BMR sementara Norshahiela binti Haji Shahrum disabit bersalah atas dakwaan merosakkan sebuah kenderaan kerajaan milik BMR.

    Kedua-dua mereka juga disabit bersalah atas dakwaan menyerang pegawai-pegawai BMR ketika pegawai-pegawai berkenaan melaksanakan tugas rasmi mereka.

    Dalam menjatuhkan hukuman, Majistret Kanan Pengiran Hazirah binti Pengiran Haji Mohd Yusof menerima bukti Haji Shahrum menyerang seorang pegawai BMR apabila pegawai-pegawai berkenaan bertanya mengenai anak lelaki Haji Shahrum.

    Haji Shahrum menyerang pegawai BMR berkenaan dengan mencekik dan menolak leher pegawai tersebut.

    Mahkamah menekankan bahawa tiada alasan untuk menggunakan keganasan dan bersetuju dengan pihak pendakwaan bahawa kakitangan awam patut merasa selamat dalam melaksanakan kewajipan mereka.

    Pihak pendakwaan seterusnya menekankan bahawa keseriusan kesalahan itu memerlukan hukuman pencegahan yang berat. Norshahiela akan menjalani hukuman penjara tambahan dua minggu jika gagal membayar pampasan.

    Timbalan Pendakwa Raya Raihan Nabilah binti Haji Ahmad Ghazali mewakili pendakwa raya sementara Peguam Rozaiman bin Abdul Rahman dari Messr Rozaiman Abdul Rahman mewakili defendan-defendan.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...