Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Bapa didakwa bahayakan nyawa anak

    IPOH, 31 MEI – Pemandu kereta yang tular menerusi video memaparkan aksi bahaya tiga orang kanak-kanak mengeluarkan separuh badan dari tingkap kenderaan ketika bergerak di jalan raya, didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini.

    T. Vengadasalabathi, 37, bapa kepada ketiga-tiga kanak-kanak tersebut, bagaimanapun mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan yang didakwa dilakukan di Jalan Tambun antara pukul 6:20 hingga 6:45 petang, 22 Mac lalu.

    Dia dituduh sebagai seorang yang mempunyai penjagaan ke atas ketiga-tiga kanak-kanak berusia empat hingga lapan tahun tersebut telah mendedahkan mereka dengan cara yang mungkin akan menyebabkan mereka mengalami kecederaan fizikal.

    Pertuduhan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 31(1) akta sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara maksimum 20 tahun atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. – Bernama

    T. Vengadasalabathi didakwa atas sebab pertuduhan membahayakan nyawa anak-anaknya. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...