TOULOUSE, PERANCIS, 18 SEPT – Seorang lelaki telah didakwa membunuh anak lelakinya berusia 7 tahun di Perancis selepas kanak-kanak itu ditemui di dalam bilik mandi apartmen keluarganya, dengan badan penuh lebam dan sebahagiannya beku, kata pendakwa kelmarin.
Mayat budak lelaki itu ditemui pada Khamis di bandar selatan Perpignan. Bapa kanak-kanak itu, yang berusia 28 tahun, telah diletakkan dalam tahanan sebelum perbicaraan, kata pendakwa raya daerah, Jean-David Cavaille kepada AFP.
pa mangsa turut dituduh cuba membunuh dua anak perempuannya yang berusia tiga dan empat tahun. Sementara itu, bapa saudara dan nenek mangsa, yang berusia 33 dan 61 tahun dan kedua-duanya dari sebelah bapa kanak-kanak itu, telah didakwa kerana gagal melaporkan jenayah.
Mereka tidak direman dalam tahanan namun diletakkan di bawah kawalan mahkamah.
Mengenai kesihatan dua kanak-kanak perempuan itu, yang kedua-duanya telah dimasukkan ke hospital, pemeriksaan perubatan mendapati “terdapat parut berganda di badan dan muka,” kata pendakwa.
Autopsi mayat anak lelakinya dijadualkan hari ini. Ibu dan ibu mertuanya sedang menerima sokongan psikologi, kata pendakwa. Bagaimanapun, misteri pembunuhan itu masih belum dapat dijelaskan. – AFP
