Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    Bapa ditahan bunuh anak baru lahir

    LAHORE, PAKISTAN, 10 MAC – Seorang bapa warga Pakistan dituduh membunuh anak perempuannya yang berusia satu minggu dengan menembaknya lima kali disebabkan dia mahu anak pertamanya seorang lelaki, telah ditahan, kata polis hari ini.

    Di negara konservatif itu, seorang anak lelaki dipercayai menawarkan jaminan kewangan yang lebih baik kepada ibu bapa daripada anak perempuan, dan budak perempuan dan wanita menghadapi keganasan yang berleluasa.

    Anak baru lahir Jannat Fatima dibunuh pada Ahad di bandar Mianwali, di tengah wilayah Punjab, justeru mencetuskan usaha memburu bapanya Shahzeb Khan, yang ditahan pada malam semalam berikutan beberapa siri serbuan, menurut polis Punjab.

    “Polis diberitahu oleh pengadu bahawa pembunuh telah merungut selama tiga atau empat hari bahawa dia mahu seorang anak lelaki dan dia berasa amat marah,” beritahu Zarrar Khan, jurucakap polis Mianwali kepada AFP.

    “Isterinya juga mengesahkan bahawa dia berasa marah kerana mempunyai seorang anak perempuan dan mahu seorang anak lelaki.”

    Kejadian itu berlaku hampir sebulan selepas seorang wanita hamil Pakistan yang dibawa ke hospital dengan paku ditukul dalam kepalanya selepas seorang bomoh berkata ia akan menjamin dia melahirkan seorang anak lelaki. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...