Wednesday, April 17, 2024
24.1 C
Brunei

    -

    Bapa ditahan, kanak-kanak pegang pistol berisi peluru

    WASHINGTON, 18 JAN – Seorang bapa ditahan hujung minggu lalu selepas kamera keselamatan berjaya merakam visual anaknya berusia empat tahun memegang pistol berisi peluru di Indiana, Amerika Syarikat.

    Bapa kanak-kanak itu, dikenali sebagai Shane Osborne, 45, ditahan atas tuduhan pengabaian kanak-kanak di sebuah apartmen di Beech Grove, lapor agensi Anadolu memetik WTHR.

    Pegawai polis menemui sepucuk pistol sembilan milimeter yang berisi 15 butir peluru di lokasi kejadian.

    “Saya melihatnya (video) pada keesokan harinya, dan walaupun saya tahu hasilnya semasa saya menonton video itu, saya masih takut.

    “Saya tidak tahu bagaimana awda boleh menonton video itu, sebagai seorang ibu bapa atau bukan ibu bapa tanpa merasa terkejut dan terganggu,” kata Timbalan Ketua Polis, Robert Mercuri.

    Osborne dijangka hadir ke mahkamah untuk perbicaraan awal pada Selasa. – Bernama

    Gambar hiasan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...