Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    Bapa dua kanak-kanak maut makan sisa makanan direman 14 hari

    ALOR SETAR, 14 FEB – Bapa kepada dua beradik warga Myanmar yang maut selepas dipercayai memakan sisa makanan dari tong sampah di Kampung Baru Sungai Tepa dekat Bukit Malut, Langkawi, semalam ditahan reman selama 14 hari untuk siasatan lanjut.

    Ketua Polis Daerah Langkawi ACP Shariman Ashari berkata polis menahan lelaki yang berumur 36 tahun itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Langkawi pada pukul 12:05 tengah malam tadi.

    Beliau berkata lelaki itu ditahan selepas menyelesaikan urusan berkaitan dua anak lelakinya itu yang dikenali sebagai Nizambudin Jamaludin, 4, dan Ngei, 2, yang maut kira-kira 6:15 petang semalam, dan lelaki itu juga didapati positif dadah.

    “Lelaki yang bekerja dengan mengambil upah membaiki kelengkapan bot dan melakukan kerja kampung itu ditahan reman selama 14 hari. Mayat dua beradik itu akan dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk proses bedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

    Shariman berkata kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001, Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63 dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...