Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    Bapa maut, anak perempuan cedera kereta rempuh pokok di Mukah

    MUKAH, 7 APRIL – Seorang lelaki maut manakala anak perempuannya cedera apabila kereta yang dinaiki mereka hilang kawalan sebelum terbabas dan merempuh pokok di Jalan Orang Kaya Setia Raja di sini hari ini.

    Ketua Polis Daerah Mukah DSP Muhamad Rizal Alias berkata dalam kejadian kira-kira 1:40 tengah hari, kereta dipandu Hassan Rajak, 51, sedang bergerak dari arah Kam-pung Tellian Laut menuju ke Pasar Baru Mukah. 

    “Ketika sampai di suatu lokasi di Jalan Orang Kaya Setia Raja, Mukah kereta berkenaan telah hilang kawalan lalu terbabas ke kiri jalan dan merempuh sebatang pokok. Akibat kemalangan itu pemandu disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Beliau berkata mangsa mengalami patah tangan kiri, kaki kiri dan luka bahagian kepala manakala anak perempuannya Nursyamimi, 21, tidak sedarkan diri dan dikejarkan ke Hospital Mukah untuk rawatan lanjut. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...