Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Bapa mengaku salah cabul anak

    Oleh Fadley Faisal

    BANDAR SERI BEGAWAN, 3 OKT – Seorang lelaki warga Malaysia, Sabtu lalu, telah mengaku bersalah terhadap dua kesalahan penganiayaan seksual ke atas anak perempuannya.

    Hakim Mahkamah Perantaraan, Harnita Zelda Skinner menetapkan kes bagi pendengaran lanjut daripada Pendakwa Raya Atiyyah Abas sebelum menjatuhkan hukuman.

    Defendan, 34, yang tidak didedahkan nama bagi melindungi mangsa, telah meraba mangsa sekali di rumah flat mereka, sekitar Januari dan September.

    Pada waktu tengah hari 26 September, defendan berbaring di atas mangsa, berterusan mencium leher dan merabanya.

    Serangan seksual defendan terbongkar apabila mangsa memaklumkan ibunya.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...