Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    Bapa meninggal dunia, Sheera terkilan tak dapat ziarah

    Khabar duka daripada pelakon Sheera Iskandar apabila bapanya, Tengku Iskandar Putra Tengku Ahmad menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan hari ini di Pasir Mas, Kelantan.

    Sheera atau nama penuhnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar Putra, 37, memaklumkan bapanya yang berusia 75 tahun itu meninggal dunia akibat sakit tua. Bagaimanapun, dia masih belum mendapatkan maklumat terperinci kerana kini sedang berada di Melaka.

    “Saya mendapat berita daripada adik-beradik yang berada di sana.

    “Bapa saya meninggal akibat sakit tua selepas beberapa minggu tidak boleh bergerak. Sebelum itu, dia sihat. Saya sendiri belum buat keputusan untuk pulang kerana dimaklumkan kawasan sekitar dilanda banjir,” katanya.

    Allahyarham juga merupakan bekas suami kepada pelakon Aznah Hamid.
    Mereka mendirikan rumah tangga pada 1981 namun bercerai pada 1986. – Agensi

    Tengku Iskandar Putra Tengku Ahmad menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 1 petang waktu tempatan, 28 Februari di Pasir Mas, Kelantan. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...