Thursday, April 25, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    Bapa mentua dapat hak jagaan anak Vanessa Angel

    Selepas lima bulan berjuang di mahkamah, akhirnya hak penjagaan anak kepada Allahyarham Vanessa Angel dan Bibi Andriansyah diserahkan kepada keluarga Haji Faisal.

    Haji Faisal yang merupakan bapa kepada Bibi meluahkan rasa syukur selepas keputusan tersebut dibacakan di Mahkamah Agama Jakarta Barat Indonesia pada Rabu.

    “Walau saya sudah dapat merasakan keputusan tersebut namun amat terharu kerana perjuangan ini memakan masa yang lama.

    “Niat saya sangat baik, hanya mahu menyelamatkan cucu bagaimanapun ia mengambil masa selama lima bulan,” ujarnya seperti yang dipetik dari Detik Hot.

    Selepas Vanessa dan Bibi meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya pada 4 November lalu, Haji Faisal menuntut hak menjaga cucunya iaitu Gala Sky Andriansyah yang berusia dua tahun.

    Perebutan hak antara Faisal dan bapa Vanessa, Doddy Sudrajat mendapat perhatian ramai kerana kedua-duanya saling berbalah menyatakan pendirian masing-masing. Sementara itu, Haji Faisal juga berjanji mahu bersihkan semula nama baik cucunya itu selepas banyak cerita yang tidak benar diperkatakan sebelum ini. – Agensi

    Haji Faisal berjaya dapat hak penjagaan Gala selepas lima bulan berjuang di mahkamah. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Presiden Iran rasmi projek hidrokuasa dan pengairan Sri Lanka

    COLOMBO, 24 APRIL — Presiden Iran, Ebrahim Raisi tiba di Sri Lanka hari ini untuk merasmikan projek hidrokuasa dan pengairan yang telah lama tertangguh...