Bapa Taeyeon meninggal dunia

Bapa kepada ahli kumpulan Girls’ Generation atau SNSD, Taeyeon meninggal dunia pada 9 Mac akibat serangan jantung.

Menurut Soompi, khabar itu disahkan oleh pihak agensinya, SM Entertainment dan memberitahu bahawa pengebumian bapanya dibuat secara tertutup bersama ahli keluarganya.

“Taeyeon sedang menyiapkan pengebumian ayahnya bersama keluarga. Pengebumian dibuat secara tertutup dan dibuat dalam kalangan ahli keluarga sahaja,” katanya.

Selain daripada itu, SM Entertainment juga mengeluarkan kenyataan mengenai penangguhan single dan muzik video terbaru Taeyeon.

“Kami memaklumkan bahawa pelancaran single dan muzik video terbaru Taeyeon yang bertajuk Happy pada hari ini ditangguhkan.

“Kami meminta pemahaman peminat yang sudah menunggu pelancaran single terbaru itu, dan kami akan umumkan nanti mengenai rancangan pelancaran lagu tersebut,” jelasnya.

Lebih menyedihkan lagi apabila berita kehilangan itu berlaku pada hari jadinya yang ke-31 tahun. – Agensi

Taeyeon kini menyiapkan pengebumian bapanya yang dibuat secara tertutup dalam kalangan ahli keluarga sahaja. – Agensi