Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    Bapa tembak anak guna senapang patah

    TEHRAN, 1 JULAI – Seorang remaja perempuan Iran dibunuh oleh bapanya yang menembaknya menggunakan senapang patah di jantung, menurut media tempatan hari ini.

    Kematian itu, yang dianggap sebagai ‘pembunuhan kehormatan’ di negara ultra konservatif itu, berlaku selepas ayah mangsa bertengkar dengan anak perempuannya yang berusia 16 tahun selepas dia bertemu dengan seorang lelaki di bandar selatan, Nurabad, menurut kumpulan aktivis wanita.

    Remaja itu kemudian lari ke rumah neneknya selepas bertengkar dengan bapanya, yang kemudian memarahinya.

    “Saya tidak berniat untuk membunuh anak perempuan saya. Saya melepaskan tembakan tanpa sengaja,” kata ayahnya, dipetik oleh laman berita Rokna. “Saya pergi ke sana (rumah nenek) dengan membawa senapang patah hanya untuk menakut-nakutkannya.”

    Bapa, 43, ditahan dan ‘mengaku atas jenayahnya’, tambah Rokna.

    Di Iran, seorang ayah tidak akan dikenakan hukuman mati sekiranya membunuh anaknya.

    Tiada statistik mengenai pembunuhan kehormatan seperti ini di Iran, namun agensi berita ISNA menganggarkan ‘antara 375 dan 450 kes pembunuhan seperti ini’ berlaku setiap tahun.- AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...