‘Bapa terapi kognitif’ meninggal dunia pada usia 100 tahun

WASHINGTON, 2 NOV – Pakar psikiatri Amerika Syarikat (AS), Aaron T Beck yang juga dikenali sebagai ‘bapa terapi kognitif’, meninggal dunia pada usia 100 tahun, semalam.

Anak beliau, Judith Beck yang juga Presiden Institut Beck berkata bapanya menghembuskan nafas terakhir di kediaman mendiang di Philadelphia.

“Bapa saya mendedikasikan hidupnya untuk membangunkan dan menguji rawatan bagi membantu menambah baik kehidupan ramai orang di seluruh dunia yang berdepan cabaran kesihatan serta kesihatan mental.

“Mendiang benar-benar mentransformasi bidang kesihatan mental,” katanya dalam satu kenyataan.

Beck dilahirkan pada Julai 1921 di Providence, Rhode Island, dan berjaya menamatkan pengajian di Universiti Brown serta Universiti Yale.

Sepanjang hayatnya, beliau menulis atau menjadi pengarang bersama kira-kira 20 buku.

Mendiang membangunkan terapi kognitif pada 1960an yang membawa revolusi dalam bidang psikoterapi. – AFP