Saturday, October 5, 2024
27.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Bapa tiri kena 5 tahun penjara, 4 sebatan

    Oleh Rafidah Jumat

     

    pg06_mahkamah logo2BANDAR SERI BEGAWAN, 7 Feb – Seorang bapa tiri dihukum penjara lima tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini kerana melakukan persetubuhan dengan dua remaja perempuan bawah umur.

    Lelaki berusia 40 tahun itu mengaku bersalah atas dua tuduhan melakukan persetubuhan dengan anak tirinya iaitu mangsa X yang berusia 15 tahun ketika itu, pada 2013 dan 2014.

    Dia juga menghadapi dua tuduhan melakukan persetubuhan dengan mangsa Y (sepupu mangsa X) yang ketika itu berusia 14 tahun, juga pada 2013 dan 2014. Dia didakwa melakukan persetubuhan ke atas kedua-dua mangsa di sebuah rumah di Berakas Kem dalam kejadian berasingan.

    Terdahulu, tertuduh didakwa oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Nurjauinah binti Haji Kula di bawah Seksyen 2 Akta Persetubuhan (Penggal 29) yang membawa hukuman penjara tidak kurang daripada dua tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta tidak melebihi daripada 24 sebatan dalam kes pesalah dewasa.

    Tertuduh selaku bapa tiri telah mengkhianati kepercayaan yang diberi dengan melakukan kesalahan itu, kata Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid sambil menambah, mahkamah tidak dapat menerima alasan ‘suka sama suka’ yang diberikan oleh tertuduh.

    Tertuduh yang merupakan bekas anggota beruniform mengahwini ibu mangsa X pada Julai 2012 dan mempunyai seorang anak bersama. Mangsa X tinggal bersama ibunya dan tertuduh di Berakas Kem dan mangsa Y kerap tinggal bersama mereka.

    Siasatan mendapati tertuduh melakukan persetubuhan dengan mangsa X dan mangsa Y dalam kejadian berasingan ketika mereka berdua bersendirian di rumah. Laporan polis dibuat terhadap tertuduh oleh mangsa X pada 29 Januari 2017 atas nasihat ahli keluarga.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda