Baradar ketua kerajaan Afghanistan

MOSCOW, 3 SEPT – Abdul Ghani Baradar, Ketua Pejabat Politik Taliban, akan memimpin kerajaan Afghanistan yang baharu, lapor Sputnik. Reuters pada Jumaat yang memetik sumber-sumber dalaman Taliban pula melaporkan jawatan kanan dalam kerajaan akan turut disandang oleh Mullah Mohammad Yaqoob, putera kepada pengasas gerakan Taliban, dan jurucakap Taliban Sher Mohammad Abbas Stanikzai.

Satu sumber dalaman Taliban pada 31 Ogos memberitahu Sputnik, Baradar dilantik sebagai Menteri Luar , sementara Yaqoob akan menjadi Menteri Pertahanan. – Bernama