Friday, December 9, 2022
22.3 C
Brunei

-

Barang pemberian: tidak boleh daripada bahan yang najis

Disediakan oleh Jabatan Mufti Kerajaan

Bolehkah diberikan makanan atau minuman yang syubhah kepada orang bukan Islam?

Merujuk kepada syarat dalam pemberian sebagaimana yang disebutkan terdahulu, semua pemberian termasuk makanan atau minuman itu, hendaklah daripada bahan yang suci.

Maka dalam hal ini, barang yang ingin diberikan kepada orang lain, tidak kira sama ada si penerima itu orang Islam atau orang bukan Islam, hendaklah memenuhi syarat-syarat sah pemberian.

Ini kerana perkara sah pemberian itu kembali pada barang pemberian itu sendiri dan bukan dilihat kepada sesiapa yang menerimanya, sama ada dia orang Islam atau bukan orang Islam.

Oleh yang demikian, pemberian kepada orang bukan Islam juga hendaklah terdiri daripada zat dan bahan-bahan yang suci.

Jika barang pemberian itu berlaku padanya syubhah, sesuatu yang pada asalnya adalah halal namun masih diragui kehalalannya kerana kemungkinan mengandungi atau bercampur dengan bahan yang najis, maka dalam hal ini adalah lebih baik tidak diberikan kepada orang lain termasuklah orang yang bukan Islam.

Sebagai kesimpulan, barang pemberian itu hendaklah dipastikan memenuhi syarat-syarat pemberian.

Janganlah hendaknya seseorang memberikan pemberian yang langsung tidak memberi manfaat kepada si penerima dan juga terdiri dari benda najis atau bahan-bahannya bersumberkan sesuatu yang najis.

Barang yang ingin diberikan kepada orang lain, tidak kira sama ada si penerima itu orang Islam atau orang bukan Islam, hendaklah memenuhi syarat-syarat sah pemberian.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China umum pelonggaran sekatan seluruh negara

BEIJING, 7 DIS – China hari ini mengumumkan langkah pelonggaran sekatan COVID di seluruh negara yang menjejaskan negara ekonomi kedua terbesar dunia dan mencetuskan...
- Advertisment -