Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    Barang seludup RM9.45j dirampas

    JOHOR BAHRU, 3 OGOS – Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Negeri Johor berjaya merampas rokok seludup bernilai RM9.45 juta termasuk cukai, selepas menyerbu sebuah gudang di Kulai pada 23 Julai lepas. Serbuan JKDM itu merupakan rampasan terbesar JKDM Johor tahun ini.

    Pengarah JKDM, Sazali Mohamad, berkata lebih lapan juta batang rokok putih pelbagai jenama ditemukan tersembunyi di dalam sebuah kotak bertutup kanvas semasa serbuan oleh Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan Johor Bahru pada pukul 2:30 petang itu.

    Berdasarkan siasatan awal, rokok berkenaan dipercayai diseludup daripada Indonesia melalui jalan laut untuk pasaran tempatan dan dipercayai rokok itu diseludup melalui pesisir pantai (jalan laut), kotak tersebut ditemukan basah.

    Bagaimanapun, tiada tangkapan dilakukan semasa serbuan dan kes disiasat mengikut Seksyen 135 (1) (d) Akta Kastam 1967.

    Sementara dalam kes berasingan JKDM merampas 3,840 botol minuman keras selepas menahan sebuah kenderaan Toyota Estima dipandu seorang lelaki berusia 26 tahun di Lebuhraya Pesisir Pantai Iskandar, Nusajaya pada 22 Julai lepas. – Bernama

    Pengarah Kastam Negeri Johor menunjukkan rokok seludup dengan nilai keseluruhan RM9.45 juta dan minuman keras bernilai RM88,100 dalam dua serbuan berasingan pada sidang media di Menara Kastam. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...