Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Barang tegahan dalam kereta di bahu jalan

    Oleh Syahmi Hassan
    Gambar serahan PPDB

    BANDAR SERI BEGAWAN, 1 FEB – Sebanyak 13 bungkusan kotak yang mencurigakan dipercayai barang-barang tegahan ditemukan tersimpan dalam sebuah kenderaan di kawasan perumahan Kampung Bukit Sibanging, kelmarin.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan Pasukan Polis Diraja Brunei, siasatan awal telah mendapati sebanyak 160 botol minuman keras pelbagai jenama, 10 unit dan 130 paket peralatan dipercayai digunakan bagi penggunaan rokok elektronik.

    Penemuan tersebut dibuat ketika keanggotaan pegawai penyiasat dari Balai Polis Muara menjalankan pemeriksaan mengejut ke atas kenderaan berkenaan yang diletakkan di bahu jalan raya berdekatan kawasan perumahan tersebut.

    Keanggotaan Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) turut dihubungi dan hadir ke tempat kejadian bagi menjalankan pemeriksaan dan seterusnya mengambil alih penyiasatan lanjut.

    Dalam kenyataan itu, PPDB menyeru orang ramai supaya menyalurkan dan mengongsikan sebarang maklumat mengenai kegiatan jenayah melalui talian kecemasan 993 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

    Antara barang tegahan yang ditemukan dalam pemeriksaan tersebut.
    Bungkusan kotak yang mencurigakan ditemui dalam kereta yang terletak di bahu jalan kawasan perumahan Kampung Bukit Sibanging.

     

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Utusan AS ke PBB berikrar sokong keluarga Jepun yang diculik Korea...

    TOKYO, 18 APRIL - Amerika Syarikat (AS) berdiri bersama Jepun sehingga semua warga Jepun yang diculik oleh Korea Utara beberapa dekad lalu pulang ke...